SIAPA SAYA

Salam perkenalan kepada pelawat pasiremas.com. Saya Hilmi Ya’kub adalah pemilik kepada website ini ingin menyediakan medium untuk membantu kalian memahami tentang simpanan & pelaburan emas dengan mudah. 

Saya berasal Pasir Mas, Kelantan mula menceburi bidang emas sejak tahun 2016 sebagai alat simpanan. Bila saya memahami emas dan selok beloknya, saya rasa amat rugi kalau saya tak kongsikan dengan orang ramai. Maka setahun selepas itu, saya buat keputusan untuk lebih serius dalam bidang ini dengan menjadi dealer Public Gold secara ‘part time’ sehingga kini. 

Dalam masa yang sama, saya juga merupakan Dietitian sepenuh masa di salah sebuah klinik kesihatan negeri Kelantan. 

Dengan platform Public Gold, saya nak bantu seramai mungkin orang ramai di luar sana bagi menjadikan emas sebagai salah satu alat kewangan penting mereka. Doakan saya semoga berjaya. 

Sehingga hari ini, saya sudah pun mempunyai empayar emas mencecah 1000 orang dan mendapat beberapa pengiktirafan daripada Public Gold. Antaranya:

  1. Club 100 Achiever bagi tahun 2018 dan 2019.
  2. Master Dealer Promotion.
  3. Superstar Dealer.